BERITA HEBOH TERDAHSYAT ABAD INI :

Ahli keluarga berkemampuan elok jelas sendiri zakat


Ahli keluarga berkemampuan elok jelas sendiri zakat



ZAKAT fitrah atau disebut juga zakat diri, diwajibkan kepada semua Muslim, tidak kira kecil, miskin mahupun hamba. Ia bukan hanya diwajibkan kepada golongan kaya seperti difahami kebanyakan orang.

Perkara ini amat berbeza berbanding kefarduan ibadat lain yang hanya diwajibkan kepada individu sudah baligh. Begitu juga diwajibkan dilakukan oleh seseorang mengikut keupayaannya.

Zakat fitrah dengan zakat harta, ternakan, perniagaan, galian, simpanan dan pertanian yang mana hanya diwajibkan kepada yang memiliki sejumlah hasil agak banyak.

Ini jelas membuktikan kepentingan zakat fitrah kepada setiap Muslim dan seluruh masyarakat yang mendapat manfaatnya. Sesungguhnya kefarduan zakat fitrah menguji ketakwaan dan keikhlasan yang tiada tandingannya. Tanpa menunaikan zakat fitrah, diri seseorang masih dalam keadaan tidak bersih sepenuhnya.

Zakat fitrah wajib ditunaikan bagi setiap orang yang dikira masih mempunyai makanan mencukupi untuk diri dan tanggungannya pada Aidilfitri.

Kefarduan zakat fitrah turut menyenaraikan golongan miskin wajib menunaikan bagi dirinya dan tanggungannya. Hanya golongan fakir, yakni golongan paling miskin yang tidak mempunyai bekalan makanan untuk dimakan pada keesokannya, tidak dikenakan membayar zakat.

Jelas kefarduan zakat fitrah memerlukan pengorbanan yang amat tinggi, terutama orang miskin. Pada kebiasaannya, golongan miskin menjadi kelompok utama menerima zakat, sedekah dan bantuan, tetapi bagi zakat fitrah mereka turut menjadi golongan memberi.

Kefarduan zakat fitrah memperlihatkan betapa Islam amat mementingkan kepada pembinaan ummah sejahtera, tidak mementingkan diri dan kepatuhan kepada hukum, biarpun dalam keadaan kurang mampu.

Ketika kita kurang mampu, mungkin ada orang lain yang lebih memerlukan daripada kita. Jadi, demi membantu orang yang lebih daif, kita perlu berkorban dan tidak mementingkan diri.

Penerapan semangat daripada ibadat zakat fitrah mampu menyatukan seluruh umat Islam dalam satu perpaduan dan kekuatan yang dilandaskan kepada konsep takwa. Biarpun jumlah dikenakan zakat fitrah amat sedikit dibandingkan apabila dimiliki orang kaya, masih ada yang ingkar menunaikannya.

Kefarduan zakat fitrah terhadap setiap Muslim dinyatakan oleh Umar berdasarkan sabda Rasulullah saw bermaksud: “Sesungguhnya Rasulullah mewajibkan zakat fitrah daripada Muslim, baik hamba atau merdeka, lelaki atau perempuan, iaitu sebanyak segantang kurma atau gandum.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Dalam hadis lain diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Said al Khudriy bermaksud: “Ketika Rasulullah masih berada bersama kami, kami mengeluarkan zakat fitrah untuk setiap anak kecil, orang dewasa, merdeka atau hamba sebanyak segantang makanan sama ada berupa keju, gandum, kurma atau anggur kering.”

Dalam ibadat lain, pelaksanaan ibadat dilakukan sendiri oleh orang berkenaan. Sebaliknya, bagi zakat fitrah, ia dijelaskan oleh ketua keluarga bagi pihak seluruh ahli keluarganya.

Ketetapan itu memperlihatkan tanggungjawab ketua keluarga dalam membawa kesejahteraan hidup kepada seluruh ahli keluarga melalui ibadat zakat yang dilakukan.

Ahli keluarga mempunyai kemampuan menjelaskan sendiri zakat fitrah, elok baginya melakukan sendiri. Ia sebagai permulaan melaksanakan tugas yang mungkin ditanggung apabila berkeluarga nanti.

Kewajipan ketua keluarga membayar zakat fitrah bagi orang ditanggungnya adalah seperti dia wajib membayar bagi dirinya. Jika tidak membayar zakat fitrah bagi orang ditanggungnya adalah seperti dia tidak membayar zakat fitrah bagi dirinya.

Zakat fitrah membersihkan orang berpuasa daripada sebarang kekotoran atau dosa yang tidak dibersihkan sepanjang ibadat puasa. Ia juga menambah kekurangan dalam ibadat puasa.

Waktu bagi menunaikan zakat fitrah bermula hari pertama Ramadan dan berterusan sepanjang Ramadan.

Tempoh terakhir bagi menunaikan zakat fitrah ialah sebelum sembahyang sunat Hari Raya Puasa.

Sabda Rasulullah diriwayatkan oleh Ibnu Abas bermaksud: “Diwajibkan oleh Rasulullah bahawa zakat fitrah membersihkan bagi orang yang berpuasa dan pemberi makan bagi orang miskin.

“Barang siapa menunaikan sebelum solat hari raya, maka zakat itu diterima dan barang siapa yang membayar selepas solat, zakat itu sebagai sedekah biasa.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah).

Justeru, setiap orang perlu segera menunaikan zakat fitrah sebaik masuk Ramadan kerana melakukannya awal dapat mengelak daripada terlupa.

Golongan yang layak menerima fitrah ialah fakir, miskin, pengurus zakat (amil), mualaf, hamba hendak dimerdekakan, orang berhutang, berjuang pada jalan Allah dan musafir.

http://www.bharian.com.my/Misc/RamadanAlMubarak/Puasa/Hari/Ihya/20041012144202/Article/








Tajuk: Kewajipan berzakat
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Pada masa akhir-akhir ini, masyarakat kita umat Islam selalu menghadapi kepincangan dan keruntuhan akhlak kerana mereka sering melanggar dan menjauhi daripada hidup menurut tatatertib Islam. Ini menyebabkan hidup mereka tiada sikap bantu-membantu, hormat-menghormati, bertolak-ansur dan saling memahami antara satu sama lain. Masyarakat yang hidup seperti ini diibaratkan sekam yang diresap api didalamnya. Begitulah masyarakat pada hari ini yang sentiasa dipengaruhi oleh anasir-anasir jahat, lebih-lebih lagi di dalam mengejar kemajuan hidup, sehingga agak payah diperbetulkan.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.
Agama Islam kita telah mengatur kehidupan bermasyarakat yang saksama bagi setiap segi kehidupan, seperti bercucuk tanam dan menternak binatang, berkahwin, berjual beli dan sebagainya. Manakala dari segi ibadah pula, agama Islam mengatur bagaimana cara seseorang hamba harus metakukan suruhan Allah supaya lebih sempuma dan lebih berkesan.
Rasullulah s.a.w pernah bersabda:
Maksudnya: Islam itu dibina atas lima rukun, pertama mengucap dua kalimah syahadah, kedua mendirikan sembahyang lima waktu, ketiga mengeluarkan zakat, keempat berpuasa di bulan Ramadhan dan kelima menunaikan haji. Kelima-lima rukun ini adalah wajib ke atas setiap orang Islam menunaikannya apabila cukup syarat-syarat wajibnya. Barang siapa sengaja tidak melaksanakan rukun-rukun tersebut, maka pasti ia dimasukkan Allah kedalam golongan orang-orang yang mengingkari perintahnya dan akan diberi balasan azab di akhirat kelak.
Zakat ialah rukun ketiga daripada rukun-rukun Islam yang wajib ke atas setiap orang Islam menunaikannya. Zakat ini dikuatkuasakan pengeluarannya pada tahun kedua selepas daripada hijrah Rasulluhah s.a.w ke Madinah AI-Munawarah. Perintah Tuhan supaya mengeluarkan zakat ini bukan sebagai satu tekanan terhadap tuan punya harta, tetapi perintah ini merupakan satu fardu yang wajib ditunaikan. Ianya mengandungi beberapa hikmat yang kembali faedahnya kepada umat manusia, antaranya sebagai tali untuk mengikat masyarakat supaya menjadi kuat dan bersatu-padu, iaitu orang yang berkemampuan menolong orang yang tidak mampu, mengikut kadar dan masa yang ditentukan untuk mengeluarkan zakatnya. Ia juga merupakan suatu penghormatan dariada Allah terhadap mereka yang sanggup mengorbankan tenaga dan masa untuk mencari rezeki dan nafkah hidup dengan cara yang halal. Lantaran itu, maka setiap titik peluh pengorbanan dinilai dan diberi ganjaran oleh Allah s.w.t serta memberkatinya. Disamping itu, ianya juga sebagai melahirkan kepatuhan dan ketaatan seseorang hamba terhadap yang kehendak dan perintah tuhannya, iaitu Allah s.w.t.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.
Memandang kepada pentingnya peranan zakat dalam masyarakat Islam, maka Allah telah berfirman di dalam Al-Quran didalam surah At-Taubah, ayat 34 dan 35 :
Maksudnya: Dan orang- orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya ke jalan Allah (iaitu tidak mengeluarkan zakat) maka berilah khabar kepada mereka dengan azab yang amat dabsyat; Hari dimana harta mereka itu akan dibakar di dalam neraka jahanam, kemudian diselar dengannya keatas dahi-dahi, rusuk-rusuk dan belakang-belakang mereka (serta dikatakan kepada mereka) "Ini dia harta-harta simpanan untuk kepentingan diri kamu (tanpa mengeluarkan zakat), maka rasailah akibatnya dari harta-harta yang kamu simpan itu".
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.
Undang-undang dan peraturan-peraturan zakat telah pun wujud sejak zaman para rasul dan nabi-nabi, sejak nabi Allah Ibrahim a.s dan berkekalan hingga sampailah kepada zaman kita sekarang ini. Di Singapura ini, pihak berkuasa zakat ialah Majlis Ugama Islam Singapura yang bertanggung-jawab memainkan peranan dan bergerak cergas di bawah undang-undang dan peraturan zakat, bagi memungut semua jenis zakat dan membahagikannya kepada mereka yang berhak. Mereka yang berhak tergolong di dalam kumpulan asnaf yang lapan dengan tujuan membantu golongan fakir miskin, membantu masjid dan madrasah, pelajar-pelajar agama yang miskin, habuan kepada guru-guru agama dan pendakwah-pendakwah dan lain-lain yang dibolehkan mengikut pandangan ulama.
Oleh itu, sekiranya urnat Islam di negara ini sedar dan insaf serta penuh bertanggungjawab terhadap perintah tuhan dan mahu meletak dirinya dalam kumpulan orang-orang yang disayangi dan diredhai Allah S.W.T serta ingin mendapat pertolongan dan petunjukNya, sudah tentulah mereka akan mengeluarkan zakat harta dengan cara yang betul dan sempurna setelah cukup syarat-syarat wajibnya mengikut kehendak syarak dan hendaklah dikeluarkan kepada mereka-mereka yang termasuk dalam asnaf yang lapan sahaja, iaitu orang-orang fakir, orang-orang miskin, amil zakat yang ditugaskan oleh pihak berkuasa, orang yang baru memeluk Islam, orang-orang yang hendak menebus dirinya daripada jadi hamba abdi, orang-orang yang menjalankan usaha untuk mengembangkan Islam dan orang-orang yang putus perbelanjaan semasa musafir.
Dalam melaksanakan pembahagian harta-harta zakat tersebut (kiranya hendak dibahagikan sendiri) hendaklah dikenal pasti terlebih dahulu orang-orang yang hendak diberi zakat itu benar-benar tergolong di dalam mana-mana satu kumpulan asnaf yang tersebut, supaya pengeluaran zakat itu sah dan menepati kehendak syarak serta diterima oleh Allah S.W.T.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.
Majlis Ugama Islam Singapura bagi pihak yang berkuasa negeri ini, bertanggungjawab dengan peraturan yang ada padanya untuk terus berusaha mengumpul berbagai-bagai jenis zakat. Ianya agar dapat dikumpulkan dan dibahagikan kepada mereka yang berhak mengikut ketetapan asnaf seperti ditetapkan oleh syarak. Oleb itu, Majlis Ugama Islam Singapura menyeru umat Islam yang ada zakat untuk dikeluarkan, supaya menyerahkan zakat-zakat mereka kepada pejabat zakat MUIS atau kepada institusi-institusi yang layak menerima zakat. Menyerahkan zakat kepada pihak berkuasa adalah lebih terjamin pembahagiannya yang sah daripada membahagikannya sendiri tanpa mengenal pasti terlebih dahulu orang-orang yang berhak menerimanya.
Allah S.W.T telah berfirman dalam surah Al-Baqarah, ayat 43:
Maksudnya: Dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat dan ruku'lah bersama-sama mereka yang ruku', yakni sembahyang berjemaah.

http://www.muis.gov.sg/websites/khutbah/ser-m-171299.html










Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Lintas Umum

Baca juga yang ini :



0 komentar:

Posting Komentar

Catatan: Hanya anggota dari blog ini yang dapat mengirim komentar.